ABOUT US

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.....

Pendahuluan

BSMC adalah singkatan daripada perkataan "BROTHER'S SEMPOI MOTOR CLUB" yang bermaksud, kelab ini adalah untuk semua tidak kira bangsa, agama ataupun kaum dan kami ibarat sebuah keluarga dalam jumlah komuniti yang besar.

Sejarah

Tanggal 01 Januari 2008 adalah tarikh keramat dan bersejarah di mana tercetusnya idea daripada beberapa orang dalam kalangan pengurusan tertinggi yang telah sepakat mewujudkan sebuah kelab kereta yang diberi nama BSMC dan kami juga telah memilih tarikh ini sebagai tarikh rasmi penubuhan kelab BSMC ini.

Pada mulanya kelab ini hanya sebuah kelab kecil yang mana bilangannya adalah lebih kurang 6 orang dan kini jumlahnya semakin meningkat dari tahun ke tahun. Walaubagaimanapun, kami masih mengalu-alukan kedatangan saudara dan saudari yang berminat untuk menjadi ahli kelab kami dengan mengisi borang yang terdapat di ruangan 'registration', isi serta hantarkan kepada kami melalui e-mail atau pos beserta bayaran RM10.00 sahaja bagi mendapatkan sekeping sticker cermin dan keahlian sah seumur hidup.

Atas inisiatif pihak pengurusan tertinggi, maka wujudnya blog ini yang mana, dengan adanya blog ini dapatlah ahli-ahli kelab berkomunikasi antara satu sama lain bagi mengukuhkan dan mengeratkan lagi tali silaturrahim antara satu sama lain serta dapat mengikuti program-program dan aktiviti-aktiviti yang telah, sedang dan bakal dianjurkan.

Untuk makluman semua, kelab ini telah banyak menganjurkan konvoi berkereta dan tidak berkereta antaranya konvoi ke Port Dickson yang merupakan aktiviti tahunan kelab bagi membincangkan isu-isu berbangkit serta penambahbaikan dalam kelab. Selain itu, kelab juga telah menganjurkan konvoi ke Pulau Langkawi Kedah, Beserah Kuantan Pahang, Kota A Famosa Melaka,dan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang telah dan sedang dirancang untuk memenuhi jadual aktiviti kelab. Pendek kata, sesiapa yang mendaftar dengan kelab ini memang beruntung kerana kami adalah kelab yang aktif dengan pelbagai aktiviti - aktiviti menarik sepanjang tahun.

Akhir kata, kami pihak pengurusan amat berterima kasih kepada semua ahli kelab yang telah berdaftar dan yang telah sama-sama menjayakan kelab ini hinggakan BSMC kini semakin berkembang dan terus berkembang selaras dengan slogan motto nya ... "Bersama Seiring Mencapai keCemerlangan" (BSMC)

Sekian.

Pengurusan Tertinggi Kelab.